WWW.HAZMIISLAMIC.BLOGSPOT.COM SELANGKAH DEMI SELANGKAH MENCARI RAHMATMU

Ajaklah manusia ke jalan Tuhan dengan hikmah bijaksana dan nasihat yang baik
KEJATUHAN ISLAM ATAS TANGAN ISLAM

Monday, April 12, 2010

PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Pengenalan:

Khutbah terakhir Nabi Muhamad menjelaskan aspek berikut:

1.umat islam mesti bersatu padu

2.mencintai perdamaian

3.berpegang teguh jepada agama islam



Ini kerana selepas kewafatan baginda umat islam menghadapai dugaan besar antaranya:

1.mendapatkan calon pengganti nabi muhamad.

2.munculnya individu yangf mengaku nabi

3.golongan yang tidak membayar zakat

4.murtad – golongan al riddah.



Kerajaan Khulafa Al- Rasyidin

Selepas wafat 632M – sistem pemerintahan islam dikenali sebagai khalifah. – dikenali dengan khulafa al rasyidin. Antara khalifahnya:

1.Abu Bakar Assiddiq – Bani Tamim – 632 M – 634 M

2.Omar Al Khattab – bani Adi – 634M – 644M

3.Uthman bin Affan – Bani Umaiyah – 644M – 656M

4.Ali bin Abu Talib – Bani Hasyim – 5656M – 661M



Konsep Khalifah:

Arab – pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

Agama – tanggungjawab memelihara kemurnian agama islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.


Syarat



1.lelaki yang merdeka

2.beragama islam

3.memiliki pengetahuan islam

4.mematuhi perintah allah

5.sanggup melaksanakan hukum islam

6.bersifat adil dan akhlak yang mulia

7.tubuh badan yang sihat dan sempurna

8.berfikiran cerdas, warak

9.pandai mentadbir.


Kaedah atau Cara:

1.musyarawarah atau syura ( Syura bermaksud – Permuafakatan atau konsesnsus)

2.cadangan satu nama sahaja

3.pemilihan beberapa calon

4.pencalonan sekelompok masyarakat.

5.Baiah atau lafaz taat setia selepas dilantik jadi khalifah.



Kepentingan Baiah dan syuara:

1.jamin bakal pentadbir yang tepat berkelayakan dan berhemah tinggi.

2.Pentadbiran kerajaan lancar.


Tugas Khalifah

Aspek Agama

1.memelihara kedudukan agama serta

2.mentadbir mengikut hukum syariah.

3.menitikberatkan sistem politik, ekonomi, sosial supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani.









Politik:

1.memastikan kelicinan pentadbiran negara.

2.mempertahankan negara islam daripada musuh

3.bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai.

4.ketua negara



Sosial:

1.menjaga kebajian rakyat supaya nikmati hidup sejahtera di dunia dan akhirat

2.menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt.

3.mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura

4.memantapkan sistem perundangan Islam.



Ekonomi:

1.menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara-baitulmal

2.mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.


Sumbangan Khulafa Al Rasyidin
Abu Bakar As Siddiq

Lahir 573M – nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah. As Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana sentiasa meyakini kebenaran nabi saw. Ikhlas, jujur dan setia. Juga digelar penyelamat umat islam.



1.Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam . Berpunca daripada:

a.Orang islam yang murtad dan gerakan golongan al Riddah yang menyalahtafsirkan ayat al Quran sehingga tidak mahu bayar zakat.

2.Mempertahan Madinah daripada ancaman kuasa luar spt Parsi, Rom Timur, Menghantar Khalid Al Walid tentang Pars di Iraq, Usamah bin Zaid ke Ghassan.

3. Melicinkan pentadbiran dengan pembahaian 10 wilayah spt:

a.Makkah

b.Taif

c.Yaman

d. Al Jund

e.Khalwan

f.Bahrin

g.Jarsh

h.Zabid

i.Hadrahmaut, dan

j. Nijran

4.Memperkenalkan bayaran bergaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang

5. Perkenalkan undang-undang tanah dan hak rakyat terutama golongan Mawali – orang bukan arab yang peluk Islam – hanya perlu bayar cukai tambahan.

6. Mengumpulkan kitab al Quran – arahkan Zaid bin Thabit. Sebab kumpul:

a. Ramai hafiz al quran gurgur shahid semasa gerakan ar riddah.

i. Sebelumnya ayat al quran disalin dalam bentuk:

ii. batu

iii. kulit binatang

iv. kayu dan tulang

b. Disimpan oleh Khalifah Umar, Hafsah ( Isteri Nabi saw.) dan Uthman bin Affan


Umar Bin Al-Khattab

1. Berasal daripada Bani Adi , Lahir pada 583M. Nama sebenar Umar bin Al Khattab bin Naufal – Keturunan Quraish. Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang.Dikenali dengan Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

2. Pelantikan dicadang oleh Abu Bakar As Siddiq dan dipersetujui para sahabat.

3. Jangka masa pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan sebab:

a. Banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan.

4. Bidang politik:

a. Perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai

b. Tubuhkan Majlis Syura dianggotai Muhajirin dan Ansar

c. Bahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah

d. Melantik wali atau gabenor sebagai ketua – bertindak sebagai ketua pentadbir dan tentera.

e. Tubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Polis, Percukaian, dan Perbendaharaan. Negara. Diketuai Khatib atau setiausaha.

f. Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk elak salah laku oleh hakim dan dibayar gaji bulanan – 500 dirham.

5. Bidang Sosial

a. Pendidikan – sediakan guru dan tempat belajar serta kembangkan pembelajaran al quran.

i. Sebagai contoh ; Abu Sufyan dihantar ke kawasan orang badwi

b. Perkenalkan kalendar Islam dan Tahun Hijrah.

c. Susun semula sistem ketenteraan bentuk tentera tetap dan sukarela.

d. Markas tentera dibina dibandar utama.

e. Kubu Pertahanan di sempadan yang menghadap musuh seperti Di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

6. Bidang Ekonomi.

a. Bina terusan dan tali air – tambah hasil pertanian seperti empanagan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin – 111km di Mesir.

b. Rakyat digalak teroka tanah baru dan usaha tanah terbiar.

c. Perkenal pelbagai cukai spt:

i. Kharaj – berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah

ii. Jizyah – dikenakan terhadao golongan zimmni – orang bukan Islam yang duduk dalam wilayah Islam dan kekal dengan tradisinya. Mereka bebas daripada perkhidmatan tentera dan pembayaran zakat.

d. Baitul diperkenalkan bagi kawal aliran zakat



Khalifah Uthman Bin Affan

Latar belakang

1. Nama sebenar Uthman bin Affan Bin Abil As bin Umaiyah. Lahir pada 576M.

2. Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, sikap simpati,

3. Digelar Zun Nurain – mempunyai dua cahaya kerana pernah kahwini dua orang puteri Nabi saw.

4. Pelantikan melalui majlis syura. Enam calon dicadangkan :

5. Ali Abu Talib dan Uthman bin Affan mendapat undi sama banyak. Abd Rahman bin Auf mendapatkan pendapat orang ramai dan bersetuju yang Uthman layak menjadi khalifah yang ketiga.



Sumbangan :

1. Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Smarkand, Cyprus,dan Tripoli.

2. Memperkukuhkan pertahanan dan membina tentera Islam .

3. Menjadi satu nashkah Al Quran sebagai bacaan yang rasmi – Mushaf Uthmaniah.

4. Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat.

5. Mengukuhkan peranan baitulmal untuk biayai pembangunan negaa dan perkuat tentera islam spt pembelian senjata dan kapal.

6. Jizyah dikekalkan.



Khalifah Ali Abu Talib

Latar Belakang.

1. Lahir 602 M. Bani Hasyim.

2. Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya.. Tegas serta berpengetahuan luas dalam Islam.

3. Pelantikan mendapat sokongan terbanyak.

4. Kepakaran dalam perundangan Islam.



Sumbangan:

1. Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Cth dalam Perang Siffin . Sanggup berdamai dan berunding.

2. Membina markas tentera di Parsi dan Sempada Syria.

3. Ekonomi :Kutipan Jizyah diteruskan. Spt dalam surat kepada al-Asytar.



Kesimpulan:

1. Sistem pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin menitikberatkan :Kesejahteraan agama, rakyat dan negara.

2. Kerajaan Islam Madinah dapat berkembang dengan kukuh dan berkembang menjadi negara yang kuat.

3. Kerajaan Islam dapat bersaing dengan Rom dan Parsi. Khalifah tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.

4. Berjuang mengekalkan pembangunan,kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata.

5. Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.

6. Pada akhir pemerintahan Khulafa ArRasyidin digantikan dengan pemerintahan sistem warisan iaitu pemerintahan dibuat secara turun temurun atau monarki.



7. Sebelumnya sistem syura. Sistem syura bermaksud pelantikan dibuat secara musyawarah dan dipersetujui sama ada sebulat suara ataupun secara demokrasi. Pandangan para sahabat dan umat Islam dilakukan bagi mendapatkan pengganti yang baik.



Kerajaan Bani Umaiyah.



1. Sempena mengambil nama Umaiyah bin Abdul Shams bin Abd Manaf. Tokoh peniaga terkenal dan dipadang tinggi pada waktu itu.

2. Diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Suffian.- berikutan penyerahan oleh Hassan Bin Ali.

3. Penyerahan dilakukan bagi mengelakkan umat Islam berpecah belah.

4. Bermula dari 661M hingga 750M berpusat di Damsyik. Merupakan tahap pertama dan masih guna gelaran Khalifah.

5. Tahap kedua di Sepanyol diasaskan oleh Abdul Rahman al- Dakhil atau Abd Rahman 1 di Cordova dengan Andalusia sebagai ibu kota.

6. Bermula dari 756M hingga 1031M. Gelaran ketua negara ialah Amir.



Sumbangan:

Politik:

1. 4 aspek utama:

a. Sistem Khalifah – pelantikan khalifah menggantikan Nabi saw.

b. Sisten wazarah – pelantikan wazir – mengetuai sistem pentadbiran di bahagian kerajaan pusat, dan gabenor dilantik bagi mengetuai pentadbiran wilayah.

c. Sistem urus setia – beberapa pegawai dilantik bagi mengumpul rekod, mengurus surat, Bahagian yang diwujudkan – Surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis, dan kehakiman.

d. Sistem hijabah – Seorang pegawai ditugas untuk menjaga keselamatan khalifah.

2. Satu sistem politik sistematik dan jelas.

3. 4 sistem diatas diperkukuhkan dengan penubuhan:

4. Jabatan cukai, Jabatan Surat menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Cap Mohor Pemerintaha( diasaskan oleh Muawiyah)

5. Tahap pertama sistem ketenteraan di perkemaskan – Jabatan Ketenteraan, diikuti dengan penubuhan tentera darat dan laut.



Sosial:

1. Kota Basrah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Lahir ilmuan spt:

i. Khalili bin Ahmad – pakar bahasa dab filologi arab.

ii. Sibawayhi – ahli nahu arab

iii. Al- Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabiah dan Jamil al-Uzri – sasterawan.

b. Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara. Orang bukan Arab juga mendapat faedah dengan adanya tanda bunyi atau baris dalam al Quran.

2. Perkembangan ilmu agama terutama dalam era Umar Abdul Aziz. Lahir tokoh spt:

a. Urwah bin al-Zubayr – Hadis

b. Zihat al Zuhri – Hadis

c. Ibn Jarih – tafsir

d. Hasan al Basri – Usuluddin

e. Wasil bin Ata - Usuluddin

3. Taraf Kesihatan meningkat – pembinaan hospital di Damsyik oleh al-Walid bin Abdul Malik. Hospital Kusta oleh Umar Abdul Aziz.

a. Buku diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

b. Ibn al Nafis – pakar bedah menghasilkan al Shamsil fis Sinaah al-Tabibiyah ( Kajian Umum Profesion Kedoktoran) – bincang eknik pembedahan dan rawatan selepas bedah.

c. Ilmu dalam bidang kimia dan astronomi turut berkembang.

4. Sistem perundangan.

a. Hakim mengenakan hukum berdasarkan itjihad berpandukan quran, hadis dan ijmak.

b. Hakim tidak boleh mempengaruhi.




Sumbangan Bani Umaiyah Tahap Kedua – Andalusia.

1. Pendidikan:

a. Pusat Pengajian Tinggi di Cardova. Diasaskan Abd Rahman III. Menjadi pusat ilmu pengetahuan di eropah.

b. Perpustakaan dibina – al-Hakam II.

c. 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia.

d. Pusat ilmu – Seville, Toledo, dan Granada.

2. Pusat terjemahan

a. Terjemah karya yunani ke Arab di Toledo

b. Cardova pusat kegemilangan ilmu – jambatan dunia Islam dan Eropah

c. Ilmu Islam faedah kepada Eropah

3. Seni Bina

a. Masjid Cardova 36 meter, kubah berasaskan kayu berukir, tiang marmar 1293, 4700 lampu guna 11 tan minyak setahun.

4. Baitulmal

a. Sistem kewangan – imbang pendapatan dan perbelanjaan.

b. Sumber pendapatan berdasarkan Kharaj –cukai tanah, Jizyah – cukai perlindungan, zakat, Usyur – cukai satu persepuluh daripada hasil pertanian, Ghaninah – rampasan perang.

c. Caodova pusat ekonomi dan perdagagan antara bangsa

d. Andalusia buat tembikar/perhiasan perak dan emas, memproses kulit, senjata.

e. Sektor pertanian – sistem saliran ,penyelidikan untuk dapat benih terbaik.



Kesan:

1. Tunjuk kebijaksanaan pemerintahmerancang dan melaksana pembaharuan.

2. Selaraskan pentadbiran kerajaan.

3. Pembangunan dan perkembangan tamadun perlu menyeluruh , merangkumi politik, ekonomi dan sosial.


Sebab Keruntuhan Umaiyah dan Kemunculan Abbasiyah.

1. Penentangan luar dan dalam negara kerana:

a. Orang Islam bukan Arab spt Parsi dan barbar merasakan mereka tidak diberi jawatan dan didiskriminasikan.

b. Kena kadar cukai yang tinggi daripada orang Arab Islam.

2. Abai tanggungjawab terhadap rakyat dan agama Islam.

3. Pemilihan Khalifah secara warisan ditentang sebilangan besar orang Islam spt Siah dan Khawarij.


Kerajaan Abbasiyah

Pembentukan Kerajaan

1. Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.

2. Peringkat awal sulit kemudian terbuka.

3. Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)

4. Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.

5. Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.

6. Ambil sempena nama bapa saudra Nabi saw – Abbas.

7. Amal sistem monarki warisan.

8. Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.

9. Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam


Sumbangan Abbasiyah

1. Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.

2. Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .

3. Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al rashid.

4. Kegiatan utama:

a. Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:

i. Catat segala idea atau percakapan

ii. Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.

iii. Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..

b. Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.

c. Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.

5. Kelebihan terjemahan:

a. Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya.Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.

b. Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.

c. Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.

6. Kesan perkembangan ilmu:

a. Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.

b. Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.

c. Ketrbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.

d. Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.

e. Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.


Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Latar Belakang:

Terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abbasiyah.


Pembentukan Kerajaan.

1. Daripada Uthman bin Erturgul bin Sulaiman Shah – suku Qayi – Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia.

2. Bersempada dengan Byzantine@Rom Timur.

3. 1301 berjaya mengalahkan Byzantine menyebabkan ghazi@pahlawan bersatu dibawah Uthman.

4. Meninggal dunia 1326 gantinya Orhan 1.

5. 1336-1354 Orhan 1 menguasai Marwara dan Pantai Aegean, Ankara, Galliph. Murad 1 dan Bayezid 1 kuasai Balkan Selatan, Utara Bulgaria, Philippopolis, Sofia, Salonia, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia.

6. Mehmed 11 menawan Istanbul ( Constantinople) ibu negeri Roma Timur.

7. Pengukuhan empayar bermula dengan penaklukan Istanbul. 1453 – 1566 sehingga kematian Suleiman 1.



Faktor Kemerosotan Uthmaniyah.

1. Pemimpin yang lemah

2. Keruntuhan sistem pungutan cukai

3. Pertambahan penduduk sangat pesat dan sukar dikawal.


Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah.

1. Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung Dua Bandar Suci.

2. Sistem Perundangan.- Dikenali sebagai Kanun Suleiman.

a. Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta,kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun Suleiman

3. Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.

a. Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undang-undang.

4. Sektor ekonomi – jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan.

a. Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean.

b. Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul.

5. Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu – wujud mobiliti sosial. Sebelum Islam . Sebelum Islam – sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.

6. Perkembangan Ilmu pengetahuan,pendidikan,budaya, penerbitan, penterjemahan.

a. Pendidikan Sistem madrasah ,sekolah pengetahuan akedemik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

b. Penulisan ensiklopedia sains Islam – Penulis:

i. Mehmed al-Fanari

ii. Mofla Lufti

iii. Katib Clebi

c. Kepentingan perpustakaan – wujud di masjid, hospital dan rumah.

7. Seni Bina – Minar Sinan 1490 – 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad ( Masjid Biru).


Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah



1. Semangat Ketenteraan – Ghazi.

a. Tidak gentar untuk berjuang bagi penyebaran agama.

2. Penaklukan kawasan Sicily, Selatan Sepanyol, - Zaman Umaiyah. Zaman Uthmaniyah takluk Constantinople ( Kejatuhan Kerajaan Byzantine)– sebarkan ke kawasan Balkan dan Eropah Timur.

3. Pegangan Aqidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi.

4. Sistem ketenteraan tersusun serta penggunaan peralatan moden

a. – meriam besar

b. tentera berkuda / infantri

c. kumpulan janisari – elit dan terlatih 5400 orang.

d. Tentera laut – 300 buah kapal – kawal laut Mediteranean.

5. Keadaan politik Eropah yang tidak stabil.

a. Pertelingkahan dan peperangan, kerajaan kecil bantu kerajaan Islam

b. Tentera Islamke Eropah atas jemputan Maharaja John VI Cantacuzens.untuk dapatkan bantuan Uthmaniah ( Orhan ) bagi dapatkan Kerajaan Byzantine.

6. Kelemahan dan Kejatuhan Kerajaan Byzantine.

7. Kejatuhan institusi gereja, pergaduhan pemimpin dan kekurangan wang.

8. Aspek politik dan keagamaan.

a. Dasar diplomasi, tiada paksaanuntuk pelukIslam.

b. Penganut Kristian bebas amal agama , urus sendri gereja, Islam tidak campur tangan.

9. Tertarik dengan dasar sosial Islam.

a. Berasaskan kecemerlangan individu, bukannya keturunan.

b. Membina sekolah, rumah sakit, dan kawasan perdagangan.

10. Penghijrahan orang Turki ke Balkan dan usaha dakwah.

a. Terutama ke Thrace, Lembah Maritsa, Utara Bulgaria, Albania pd abad 14 dan 15M

b. Bina petempatan yang didiami mubaligh dan ahli sufi – menekankan tolenransi dan assimilasi, Kesannya:

i. Islam tersebar ke Utara Albania, Montenegero, dan Selatan / Barat Macedonia serta Crete.


Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain



Cara pertembungan:

1. Perdagangan dan perniagaan

a. Zaman Nabi pertembungan dengan Syam

b. Penguasaan Islam di Teluk Parsi,Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunani

c. Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina .

2. Hubungan diplomatik

a. Penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.

b. Bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.

3. Penaklukan dan ketenteraan

a. Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan.Menguasai Iraq dan Iran. Bertembung dengan Tamadun Parsi.

b. Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah.

4. Kebudayaan

a. Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di Cardova.

b. Lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambik kebudayaan Islam dan Berbahasa Arab.

5. Intelektual

a. Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.

b. Ilmuan islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.



Kesan Pertembungan

1. Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia.

a. Keagamaan sendiri.- satu nilai akidah – percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasakan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.

2. Perluasan kawasan penyebaran Islam

a. Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat spt

i. Kerajaan Delhi Mughal

ii. Cina wujud masyarakat islam

iii. Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.

b. Memboleh orang Islam menguasai ekonomi. Dengan ememastikan keselamatan laluan perdagangan. Dibuat dengan cara

i. Uthmaniah mempunyai Armada laut yang kuat .Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk Parsi.

c. Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan selatan gurun Sahara.

d. Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia timur dan barat.

3. Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial

a. Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama – cth di Balkan Zaman Uthmaniyah.

b. Kebudayaan dan Intelektual

i. Perkembangan pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik, Sains dan Teknologi. Zaman Abasiyah pelajar diwajbkan belajar - Ilmu Mantik ( Logik ), Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.

ii. Tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman Uthmaniyah , Sepanyol – orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam.

1. Betutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila kehidupan. – dilakukan sehingga zaman Renaissance

2. Peranan penting dimainkan oleh golongan Mudejar – orang Islam setempat yang menetap di kawasan majoriti Kristian.

4. Pertukaran pendapat antara cendikiawan.

a. Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan.

b. Diterjemahkan daripada penulis Greek spt Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.

c. Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan – Baituhikmah, Zaman Abbasiyah

d. Wujudkan budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi.

e. Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan ialah:-

i. Abu al-Aswad al- Duali 7M

ii. Hunayn bin Ishaq 873M – terjemah karya Greek

iii. Al-Fazari – terjemahan hasil karya Tamadun India.

5. Perkembangan penterjemahan dan intelektual.

a. Zaman kemuncak antara 8M- 1258M , mula runtuh Kerajaan Abbasiyah.

b. Lahirkan cendikiawan Islam spt:-

i. Zakaria al-Razi ( 865 -925M) – Perubatan – Kepentingan klinikal, Hasilkan 20 karya spt Al-Hawi( Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil Galen-ahli perubatan Greek

ii. Al-Zahrawi ( 936-1013M) – Kajian Perubatan dan Farmasi

iii. Al-Khawarizmi – Matematik dan Astronomi.

iv. Al-Battani – Matematik dan Astronomi

v. Abu Ishaq - Matematik dan Astronomi

vi. Al-Biruqi – Matematik dan Astronomi

vii. Al-Bitruni - Matematik dan Astronomi

viii. Al-Farabi – Pemikiran politik dan Undang-undang

ix. Al-Miskawayh – Pemikiran politik dan Undang-undang

x. Al-Mawardi - Pemikiran politik dan Undang-undang

xi. Ibn-Sina – Ilmu Mantik dan falsafah

xii. AL-Kindi – Ilmu Mantik dan falsafah

xiii. Fakhr al-Din – Ilmu Mantik dan falsafah

xiv. Al-Razi – Ilmu Mantik dan falsafah

xv. Ibn al-Arabi – Ilmu Mantik dan falsafah

xvi. Ibn Rushd – Ilmu Mantik dan falsafah

xvii. Imam Ghazali - Ilmu Mantik dan falsafah
read more...

Friday, April 9, 2010

Zaman Jahiliah

BAB 1: CORAK MASYARAKAT JAHILIAH

Secara amnya masyarakat Jahiliah ialah sebarang masyarakat yang tidak tulen pengabdiannya kepada Allah S.W.T. balk dalam aqidah mahupun Syariat, baik dalam kepercayaan mahupun peraturan hidup. Ertinya sebarang masyarakat dalam bentuk seperti ini, baik di ruang dan waktu mana sekalipun, adalah dengan sendirinya dianggap masyarakat Jahiliah. Bagaimanapun dalam konteks sejarah, istilah Jahiliah biasanya dipakai terhadap suatu masyarakat di Tanah Arab sebelum lahimya Islam. Secocok dengan pengertiannya, masyarakat Jahiliah ini memangnya ‘ jahil’ tentang nilai dan pegangan hidup yang sebenamya. Tetapi dari segi tertentu, kesusasteraan misalnya, terdapat pula kemajuan yang bererti.

Pengkajian tentang corak masyarakat Jahiliah adalah meliputi golongan-golongan Badawi (desa) dan Hadari (kota) sekaligus. Umumnya masyarakat Hadari lebih maju dan sofistikated, akibat hubungan mereka dengan dunia luar. Kemajuan seperti ini menjadikan sejarah dan kebudayaannya lebih jelas. Tentang masyarakat Badawi yang tinggal di pedalaman itu, mereka tidaklah berhubung dengan dunia luar, dan dunia luar pun tidaklah pula mengenali mereka. Keterasingan ini menjadikan keturunan, bahasa dan kebudayaan mereka tetap terpelihara tanpa dijangkiti pengaruh luar. Dan berbeza dengan masyarakat Hadari, sejarah masyarakat Badawi dapat disorot cuma setakat 150 tahun sebelum Islam, seperti yang dapat dikesan melalui hasil-hasil puisi mereka.

1. NILAI—NILAI ETIKA

Akibat daripada tekanan suasana yang serba mencabar itu, terdapatlah sifat ‘al-Ghazw’ (peperangan) di kalangan masyarakat Badawi. Konsep ini terangkum dalam filsafat hidup mereka: Bantulah saudaramu baik dia yang menzalimi atau dizalimi. Inilah juga yang dikatakan dalam syair Zuheir bin Abi Salma, seorang penyair terkenal zaman Jahiliah:

Sesiapa sahaja yang tidak menjaga kehormatan diri dan kebebasannya dengan pedang dan senjatanya, akan dimusnahkan orang begitu juga sesiapa yang tidak melakukan kezaliman terhadap orang lain, akan menerima kezaliman orang lain ke atas dirinya.

Penyair Al-Qattami juga pernah mengatakan: “Dalam kehidupan demikian, kita mestilah merompak seteru kita, jiran kita dan saudara kita, kalau tidak ada orang lain yang akan kita rompak.”

Nilai al-Ghazw ini sebenarnya berkait rapat dengan sifat ‘Asabiyyah’ (perkauman) yang juga amat dihargai dalam kehidupan mereka. Sentimen seperti ini timbul dari kesetiaan yang melulu kepada kaum atau suku sendiri, tanpa mempersoalkan apakah sukunya pihak yang menzalimi atau dizalimi. (Nota: Inilah bentuk nasionalisme yang di tentang oleh Islam). Sebab itulah kita dapati berlakunya peperangan antara qabilah-qabilah sampai berlarut-larutan jadinya. Misalnya peperangan al-Basus di antara Bani Taghlib dengan Bani Bakr yang berlanjutan selama 40 tahun cuma berpunca dari pembunuhan Kulaib bin Rabiah dari suku Taghlib oleh Jassas bin Murrah dari suku Bakr. Kesanggupan mereka untuk berperang habis-habisan kerana sebab-sebab yang kecil sahaja pernah diucapkan oleh seorang Arab Badawi demikian: “Dengan pedang akan kubersihkan maluku kembali, biar apa pun malapetaka yang akan didatangkan oleh Tuhan ke atasku”.

Kehidupan yang berasaskan nilai-nilai individualisme itu diperburukkan lagi oleh kebiasaan berpoya-poya dan menurut nafsu syahwat semau-maunya sahaja, seperti yang dibayangkan oleh penyair Tarfah bin AI-Abd:

Seandainya tiada tiga syarat kebanggaan pemuda, hidupku takkan meriah dan aku takkan menjamu teman sebaya: bujukan mania si genit jelita berwajah ayu hidangan arak membuih genit pembuka selera kepingan wang gemercangan menjamu teman seiring wang baru dan sisa peninggalan lama, semuanya aku hamburkan seenak rasa

Aku ingin disanjung dipuja

Akulah jejaka gagah perkasa . . .

Di samping nilai-nilai yang buruk tersebut, nampaknya orang-orang Arab masih memiliki nilai-nilai yang terpuji. Jika tadinya tekanan suasana menjadikan mereka gemar berperang, namun mereka juga memiliki sifat ‘Sabar’ yang menyebabkan mereka sanggup mengharungi kesukaran dengan gigih. Mereka juga memiliki sifat Muru’ah (Marwah) yang melahirkan pula sifat-sifat kepahlawanan dan Diyafah (pemurah dan melayan tetamu).

Mengenai sifat ‘Diyafah’ itu, dikatakan mereka sanggup mengorbankan kepentingannya untuk tetamu, golongan miskin atau lemah. Misalnya apabila tengah malam, mereka akan memasang api di tempat-tempat tinggi untuk menolong pengembara yang sesat. Dan apabila terdapat seseorang itu meminta bantuan sesuatu kaum, adalah menjadi tanggungjawab kaum tersebut melindunginya.

2. SISTEM SOSIAL

Suatu hakikat yang nyata ialah bahawa masyarakat Arab juga mengenali dan mengamalkan sistem kelas dan kasta. Kelas tertinggi dipegang oleh golongan aristokrat keturunan Quraisy. Mereka merupakan kelas pemerintah, bukan sahaja kerana keturunan mereka bahkan juga kerana kekayaan mereka. Bagaimanapun terdapat juga di kalangan mereka yang kurang berada tetapi masih berpengaruh, seperti Abu Talib misalnya. Selepas kaum Quraisy barulah diikuti oleh qabilah-qabilah lain yang tinggal berdekatan dengan Kaabah, jauh sedikit dari qabilah Quraisy. Memangnya menjadi adat kebiasaan yang dilakukan oleh Qusai bin Kilab di mana ukuran tinggi-rendahnya martabat sesuatu qabilah dikira berdasarkan jauh-dekatnya kediaman mereka dari Kaabah. Salah satu daripada qabilah yang Iebih mendekati Quraisy ini ialah Bani Zohrah, iaitu keturunan bunda Rasulullah sendiri.

Sebagai suatu sistem sosial ala feudalisme, terdapatlah kelas hamba abdi yang besar bilangannya. Mereka tidak mempunyai apa-apa hak, hingga batang-tubuhnya sendiri dapat dijual-belikan. Kebanyakan mereka adalah orang Arab juga, tetapi setengahnya bukan berbangsa Arab, seumpama Bilal bin Rabah yang dimiliki oleh Umayyah bin Khalaf.

Tentang kedudukan wanita pula, pada umumnya nilai mereka sangat rendah pada pandangan masyarakat Jahiliah. Gambaran yang indah tentang kedudukan mereka dilukiskan oleh Al-Quran: “Dan sekiranya salah seorang dari mereka diberitahu tentang kelahiran seorang anak perempuan, mukanya terus jadi hitam kerana terlalu marah. Dia sembunyikan diri dari kaumnya kerana keburukan berita yang disampaikan kepadanya, apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanamkannya ke dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan”. (Al-Nahl: 58-59).

Mengenai kehidupan keluarga, terdapat empat cara perkahwinan yang biasa diamalkan oleh mereka. Pertamanya perkahwinan secara biasa di mana pihak wali menerima pinangan seseorang yang tertentu. Keduanya disebut ‘kahwin mencari anak pintar’, iaitu si suami membenarkan isterinya ‘digauli’ oleh lelaki lain yang dianggap pintar, agar anaknya juga menjadi demikian. Ketiganya beberapa orang (biasanya 10 orang) berpakat menyetubuhi seorang wanita, kemudian wanita itu akan menentukan sendiri siapa bapanya. Dan keempatnya seorang wanita membenarkan dirinya disetubuhi oleh beberapa orang (biasanya 10 orang) lelaki, kemudian lelaki-lelaki ini akan bermesyuarat sesama mereka tentang siapa yang akan menjadi ayahnya.

Dalam sesebuah keluarga, yang menjadi ketuanya ialah pihak lelaki sendiri. Dan di tangannyalah terletak kuasa pemutus sama ada untuk membatal atau meneruskan perkahwinannya. Mereka mengamalkan poligami yang tidak terbatas, bahkan seorang anak dapat mewarisi isteri-isteri ayahnya seperti harta benda saja Iayaknya. Penghormatan mereka terhadap kaum lelaki ketara sekali ketika pasangan yang baru berkahwin, adalah menjadi kebiasaan untuk berdoa mendapat ramai anak lelaki.

3. SISTEM EKONOMI

Berbanding dengan golongan Badawi, nampaknya sistem ekonomi golongan Hadari Iebih sofistikated. Sebagai orang kota, kebanyakan mereka adalah kaum pedagang, iaitu secara kafilah (caravan). Menurut Al-Tabary, besarnya kafilah ini sering mencapai 500 atau 1000 ekor unta. Kafilah-kafilah ini keluar dengan perlengkapan, persediaan dan kewaspadaan yang besar, didahului oleh pengintip-pengintip yang Iebih dahulu menyelidiki keadaan-keadaan di jalan, disertai oleh penunjuk-penunjuk jalan dan pengawal-pengawalnya yang menjaga keamanan kafilah-kafilah.

Mulanya perdagangan ini dipegang oleh orang-orang Yaman yang memasarkan hasil-hasil dari Hadhramaut, Zofar, India lalu membawanya ke Sham dan ke Mesir. Tetapi sejak abad ke-6 M., kedudukan mereka diambil alih oleh orang-orang Hejaz yang menjadikan Makkah sebagai pusat perdagangan yang baru. Sebab utamanya ialah kerana Yaman dijajah oleh Habshah dan kemudiannya Parsi, hingga perniagaan di laut dikuasai oleh mereka, sedang pemiagaan di darat berpindah ke tangan penduduk Makkah. Pedagang-pedagang Hejaz itu membeli barang-barang dari Yaman dan Habshah, kemudian dijual di pasar-pasar Sham dan Mesir. Bagaimanapun Makkah juga mempunyai hasil-hasilnya sendiri untuk diperdagangkan, iaitu berupa berhala-berhala yang dijual ketika musim Haji.

Selain dari usaha perdagangan, penduduk kota juga menjalankan kegiatan pertanian. Di Yaman misalnya, kegiatan pertanian merupakan aspek terpenting di dalam kegiatan ekonomi mereka, hingga dengan merosotnya pertanian, maka merosotlah pula kerajaan Yaman itu sendiri. Nampaknya penduduk-penduduk di Yaman juga terlibat dalam kegiatan pertukangan.

Adapun bagi golongan Badawi, mereka hanya menyandarkan kepada hasil temakannya, seperti unta, kambing, kuda atau biri-biri. Mereka memakan daging haiwan itu setelah dipekerjakannya, mereka meminum susunya serta membuat pakaian dari kulitnya, juga membuat khemah-khemah dari kulitnya. Dan jika sangat terdesak, ditangkapnya binatang-binatang seperti biawak dan tupai.

Nampaknya orang-orang Badawi juga mengenal sistem tukar-menukar (barter), iaitu dengan cara menukarkan ternak atau hasil-hasil ternaknya dengan barang-barang keperluan mereka, seumpama pakaian atau kurma.

Bagaimanapun sebagai golongan yang serba terdesak kehidupannya, salah satu sumber ekonomi mereka ialah merampas dan merompak. Mereka menyerang suku-suku yang dimusuhinya, serta merampas ternakan orang, wanita atau anak-anak. Dan suku yang menjadi mangsanya ini sentiasa pula mencari kesempatan untuk menyerang balas. Semuanya itu adalah manifestasi dart sifat ‘al-Ghazw’ akibat suasana sekeliling yang serba mencabar.

Dengan suasana yang serba terhimpit ini, tidak hairanlah jika orang-orang Badawi tidak dapat menetap di sesuatu tempat, sebaliknya mereka terpaksa mengembara dan berpindah-randah (nomad). Ini berlaku bukan sahaja untuk mencari air dan rumput bagi ternakan mereka, bahkan juga untuk menyelamatkan diri dari serangan suku-suku lain ataupun dari timbunan pasir-pasir yang sering mengganas.

4. SISTEM POLITIK

Sistem politik masyarakat Badawi adalah berasaskan qabilah, di mana beberapa kumpulan keluarga membentuk khemah-khemah yang merupakan sebuah Hayy. Kumpulan Hayy-Hayy ini membentuk kaum, dan beberapa kaum ini mewakili suatu qabilah dengan ketuanya sendiri yang digelar ‘Syeikh Qabilah’. Seseorang Syeikh yang dilantik haruslah memiliki sifat-sifat keberanian, pemurah dan bijaksana. Malah ia haruslah juga seorang hartawan yang sudah berumur.

Tugas-tugas seorang Syeikh meliputi menjaga keamanan qabilahnya di samping membuat perjanjian dengan qabilah-qabilah lain sekiranya timbul perselisihan. Jawatan Syeikh ini biasanya dapat diwarisi oleh anak-anaknya, dengan syarat pada dirinya terdapat kebolehan yang setanding kalau tidak pun melebihi bapanya.

Bagaimanapun semuanya itu dari segi teorinya sahaja, sebab dalam praktisnya bagi suatu golongan yang kasar dan sukakan peperangan seperti mereka itu, sukarlah dapat merasai suatu pemerintahan yang teratur dan memuaskan. Adalah menjadi bawaan hidup mereka sendiri untuk bermusuh-musuhan dengan qabilah-qabilah lain, meskipun kerana sebab-sebab yang kecil. Ini berbeza dengan golongan Hadari yang Iebih gemar kepada keamanan dan tunduk di bawah suatu kuasa pentadbiran yang tetap dan mantap. Sebagai golongan yang terlibat dalam perdagangan – dan urusan ini selalunya melibatkan hubungan dengan bangsa-bangsa asing yang mempunyai peradaban tinggi – tentulah fikiran mereka lebih matang. Sebab itu dalam urusan pemerintahan mereka, terdapat badan atau jemaah yang mentadbirkannya dalam beberapa bidang. Di Makkah sendiri terdapat pembahagian-pembahagian tugas di bawah pimpinan dewan pusatnya sendiri, iaitu Barun-Nadwah.

Walau bagaimanapun agak sukar juga untuk menentukan dengan pasti sistem politik yang diamalkan oleh golongan Hadari ini. Jikalau golongan Badawi mengamalkan sistem politik qabilah, nampaknya golongan Hadari yang walaupun mempunyai sistem pentadbiran yang lebih tetap dan teratur, tetapi sistem politiknya beraneka ragam. Di Selatan, ia lebih cenderung kepada sistem beraja. Di Utara pula, khasnya di Hirah dan Ghassan, ia lebih merupakan sebuah negara naungan (protectorate) Parsi atau Rom. Ada pun di Makkah sendiri, ia bercorak aristokrasi, yakni sekumpulan para-para bangsawan (Quraisy) mendominasi pentadbirannya.

5. AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Sebenamya dalam kalangan bangsa Arab, sudah terdapat agama-agama langit (Samawi) seperti Yahudi, Nasrani dan agama Nabi Ibrahim. Penganut-penganut Yahudi terdapat di Yaman, Khaibar dan di Utara Hejaz. Misalnya raja terakhir kerajaan Himyar di Yaman, Zu Nuwas adalah seorang penganut agama Yahudi yang fanatik. Sejarah mencatatkan bahawa Zu Nuwas pernah menyerang Najran disebabkan penduduknya yang beragama Nasrani telah membunuh dua orang anak Yahudi. Selain di Najran, penganut-penganut agama Nasrani terdapat juga di Ghassan dan di sepanjang pantai Semenanjung Arab. Dikatakan bahawa agama Nasrani multi memasuki Tanah Arab sejak abak ke-2 M., sewaktu pendita Ariganus datang bertamu kepada salah satu suku di Syria. Seterusnya pada abad ke-4 M, pendita Musa berjaya mempengaruhi suku Ghassan agar memeluk agama ini.

Agama Nabi Ibrahim pula nampaknya sudah diwarnai oleh corak-corak asing sehingga sudah bercampur-baur dengannya. Misalnya dalam upacara-upacara Haji dan korban yang mana disertai juga oleh unsur-unsur keberhalaan. Begitupun di sana masih terdapat penganut-penganut agama ‘Hanif’ ini yang gigih mempertahankan keaslian ajarannya.

Selain dari agama-agama tersebut, orang-orang Arab juga menyembah malaikat, yang mereka sifatkan sebagai wakil Tuhan yang dapat memberi atau mencabut sesuatu pemberian itu. Mereka menuhankan Allah dan malaikat sekaligus, bahkan menganggap bahawa para malaikat itu puteri-puteri Allah. Di samping itu mereka juga menyembah jin, hantu atau roh-roh yang telah meninggal dunia kerana dianggap semuanya mempunyai hubungan langsung dengan malaikat dan Tuhan. Di antara sembahan-sembahan mereka juga ialah matahari, bulan dan bintang-bintang yang bertaburan banyaknya itu. Ini kerana menurut anggapan mereka bintang-bintang itu diberi kekuasaan penuh oleh Tuhan untuk mengatur alam ini.

Tidak cukup dengan sembahan-sembahan tersebut, mereka lalu menyembah berhala-berhala yang dibuat dari batu atau kayu. Ada beberapa teori tentang sebab-sebab mereka menyembah berhala, setelah sekian lama mematuhi ajaran-ajaran Nabi.

1. Penghormatan yang berlebihan terhadap Kaabah. Biasanya sesiapa yang meninggalkan kota Makkah akan membawa bersamanya batu-batu dari Tanah Haram sebagai bukti cintanya kepada Makkah. Batu-batu ini disifatkan sebagai pengganti Kaabah yang mana mereka akan bertawaf sekelilingnya. Dan lama-kelamaan penghormatan tersebut berubah kepada penyembahan.

2. Dikatakan juga bahawa berhala-berhala Wadda, Suwaa, Yauq, Yaghus dan Nasr adalah patung lima orang mulia yang meninggal dalam bulan yang sama. Lantaran kesedihan yang amat sangat, saudara-mara mereka menyetujui agar diukir wajah mereka sebagai penghormatan. Pada mulanya bentuk penghormatan hanyalah sekadar mengelilinginya sahaja oleh keluarganya sendiri, tetapi akhirnya ukiran-ukiran tersebut lalu disembah pula orang ramai.

3. Amalan menyembah berhala juga dikaitkan dengan peristiwa Isaf dan Nailah yang saling cinta-mencintai, tetapi kerana melakukan kecurangan, kedua-duanya lalu menjadi batu dan diletakkan di sisi Kaabah agar menjadi tauladan kepada orang lain. Malangnya batu-batu tersebut kemudiannya disembah pula.

Teori lain pula mengatakan bahawa Amr bin Lubay, ketua Bani Khuzaah di Makkah telah pergi ke Balqa’ di Sham. Di sana ia melihat penduduknya menyembah berhala, arca-arca dan sebagainya. Kerana sangat tertarik, ia lalu membawa pulang satu berhala besar ‘Hubal’ untuk disembahnya, malah diserunya pula agar penduduk-penduduk di Hejaz turut menyembahnya juga.

Nampaknya orang-orang Arab tidak cukup setakat menyembah berhala sahaja, malah mereka juga mempunyai beberapa adat kebiasaan dan kepercayaan tahyul. Antaranya ialah:

1. Jika seseorang itu membuat sesuatu yang penting, seperti hendak bermusafir atau berkahwin, dia akan menemui berhala Hubal terlebih dulu. Di hadapan berhala tersebut dan berhala-berhala lain juga terdapat ‘Azlam’, yakni beberapa bilah semacam anak panah yang bertanda ‘Ya’ atau Tidak’ untuk menentukan boleh-tidaknya dia melakukannya.

2. Penghormatan terhadap berhala-berhala ada kalanya sehingga sanggup mempersembahkan korban manusia kepadanya, seperti tindakan Abdul Mutalib menyerahkan anaknya Abdullah untuk dikorbankannya.

3. Mereka berkeyakinan bahawa sesiapa yang mencela atau mencaci-maki berhala ‘Lata’ dan ‘Uzza’, ia akan ditimpa penyakit sopak.

4. Jika mereka ingin mengembara, diikatnya suatu simpulan pada sebatang pokok. Sekiranya sepulangnya kelak didapati simpulan itu terbuka, menunjukkan yang isterinya bersikap curang kepadanya.

5. Jika ia hendak berjalan, dilihatnya dulu langkah burung, kiranya burung itu terbang ke kanan ketika dipandangnya, itu alamat baik. Ban kalau ke kiri, itu tanda kesialan.

6. Sekiranya kambing mulai beranak jantan, kambing itu akan diserahkan kepada berhala yang mereka sembah. Ban sekiranya untanya beranak sampai 10 kali, induknya akan diserahkan kepada berhala juga.

7. Apabila seseorang itu telah mati, rohnya akan menjadi seekor burung ‘Hammah’.

8. Jika seseorang itu merasa lapar, perutnya akan digigit oleh seekor ular yang berada dalam perutnya.

9. Mereka melarang dibunuh ular, kerana jika ular itu mati, nanti hantu ular itu akan datang membalas dendam.

10. Sewaktu musim kemarau, diikatkanlah rumput-rumput kepada seekor kambing, lalu dibakarnya dengan harapan bahawa hujan akan turun.

11. Jika seseorang itu lambat mendapat jodoh, maka dibahagi dua rambutnya; sebahagian dilapihnya dan sebahagian lagi dilepaskannya. Lalu dicelak matanya sebelah, bertentangan dengan rambut yang dilapih itu. Setelah itu dibuka betisnya sebelah dan di waktu malam dia akan membaca: Saya mahu kahwin sebelum subuh.

12. Mereka biasa memakai cincin besi atau tembaga dengan harapan akan menambah kekuatan.

13. Kalau orang sesat di jalan, maka kain yang dipakainya, dibalikkan memakainya, agar tidak sesat.

Demikianlah beberapa adat dan kepercayaan tahyul dalam kalangan orang-orang Arab. Nampaknya di samping agama dan adat-adat tersebut, orang-orang Arab ada yang menganut agama Majusi yang berasal dari Paris. Dan dalam hal ini, wilayah Al-Hirah banyak sekali memainkan peranannya dalam menyalurkan kebudayaan Parsi ke Tanah Arab.

Dari segi pengaruhnya, nampaknya agama ‘Pagan’ (menyembah berhala dll) lebih meluas dan berpengaruh daripada agama-agama lain. Adalah suatu hal yang sangat menakjubkan kenapa orang-orang Arab sanggup mempertahankan kepercayaan Paganisme mereka, meskipun kekuatan agama Kristian dan Majusi begitu gigih menyebarkan pengaruhnya. Ada beberapa sebab kenapa hal ini berlaku:

1. Konflik dalam diri Kristian sendiri, iaitu sekitar masalah kedudukan Mariam dll, yang menimbulkan perdebatan yang membawa kehancuran iman mereka sendiri.

2. Usaha orang-orang Yahudi yang giat membendung arus agama Kristian, suatu kuasa yang pernah mengusir mereka dari Palestine, dan kini bernaung di bawah panji kerajaan Rom.

3. Anggapan orang-orang Arab sendiri yang melihat wujudnya unsure-unsur Paganisme dalam kalangan orang-orang Kristian, seperti mencium patung St. Peter sehingga pihak Gereja setiap waktu terpaksa memperbaiki kembali kerosakannya. Adanya persamaan seperti ini membuatkan orang-orang Arab kurang berminat memeluk agama Kristian yang “2 x 5 = 10″ sahaja dengan amalan mereka.

BAB 2: SASTERA ARAB JAHILIAH

Seperti ditegaskan sebelumnya, orang-orang Arab Jahiliah tidaklah benar-benar jahil dalam segenap seginya, sebab dalam bidang-bidang tertentu, mereka adalah maju. Terutamanya dalam lapangan kesusasteraan, ternyata sekali mereka mempunyai keahlian yang tinggi. Memangnya sebahagian Orientalis seperti Prof. Nallino dan Margolioth meragui wujudnya apa yang dikatakan sastera Jahiliah itu. Tetapi ini dengan tegas ditolak oleh Dr. Ali Al-Jundi, Dr. Ahmad Amin dan Dr. Aishah Abdul Rahman. Malah Al-Quran sendiri menegaskan wujudnya penyair-penyair di dalam masyarakat Arab Jahiliab (Al-Syu’ara: 224,A1-Haqqah: 41, Al-Saffat: 36).

Dalam kalangan masyarakat Arab, selain dari para-para Hakim yang mempunyai kedudukan tertinggi, penyair-penyair juga dipandang tinggi dan terhormat. Biasanya bila pada sesuatu qabilah muncul seorang penyair, maka datanglah utusan dari qabilah-qabilah lain mengucapkan selamat kepada qabilah itu. Maka diadakanlah pesta dan jamuan besar-besaran, dengan menyembelih binatang-binatang ternak, yang diiringi oleh tarian dan nyanyian wanita-wanita qabilahnya. Antara penyairpenyair yang terkenal pada zaman Jahiliah ialah Hassan bin Thabit, Hatim At-Tai, Al-A’sya, Muhalhil bin Rabiah, Zuheir bin Abi Salma, Tar-fah bin Al-Abd, AI-Qattami, AJ-Hutaiah dan sebagainya.

Kedudukan yang terhormat tersebut adalah memandangkan peranannya sendiri sebagai jurucakap qabilahnya, dengan membelanya di samping merendahkan qabilah lain. Dengan itu dia melebihi seorang pahlawan yang membela qabilahnya dengan pedang dan tombaknya. Betapa besarnya pengaruh syair dapat dilihat dari segi kesannya apabila dia memuji-muji seseorang yang sebelumnya hina, maka dengan mendadak darjatnya naik. Sebaliknya jika dikejinya, akan berlakulah seperti apa yang diucapkannya.

Selain itu, para penyair juga merupakan seorang jurnalis zamannya, iaitu kerana kebolehannya melaporkan kejadian-kejadian penting yang berlaku. Seperti disebutkan dulu, sejarah penduduk Badawi yang bermula sejak 150 tahun sebelum Islam itu sendiri dapat dikesan melalui hasil-hasil puisi mereka. Misalnya kejadian-kejadian seperti Perang al-Basus, sifat ‘diyafah’ (pemurah dan melayan tetamu), penyembelihan binatang-binatang di kubur-kubur pahlawan dan sebagainya adalah diketahui melalui syair-syair mereka.

Bukan sahaja sebagai jurnalis, malah juga sebagai sejarawan kaumnya. Sebagai ahli sejarah, dia mengetahui hal-ehwal salasilah kaumnya. Dan dengan ini dia merupakan cendekiawan qabilahnya sendiri. Dan yang tidak kurang pentingnya, para penyair ini dianggap mempunyai kuasa yang tersembunyi daripada orang kebanyakan, lantaran hubungannya dengan kuasa-kuasa ghaib atau syaitan. Malah bagi Dr. Hitti, pengetahuannya diperolehi dari syaitan. Demikianlah betapa penting dan mulianya kedudukan para penyair dalam kalangan masyarakat Arab ketika itu.

Mengkaji sastera zaman Jahiliah ini, akan kita dapati beberapa ciri umum di dalamnya. Pertamanya, sastera Jahiliah lebih merupakan pancaran masyarakat Jahiliah itu sendiri, yakni ciri-ciri masyarakat Jahiliah dapat dikesan melalui syair-syair tersebut. Pepatah Arab sendiri ada mengatakan: Bahawa syair Arab adalah dewan bangsa Arab. Maksud ‘dewan’ Arab ialah catatan tentang adat istiadat, tatasusila, agama, kecerdasan bangsa Arab. Atau lebih tepat, bangsa Arab dengan dewan ini telah mencatat dirinya sendiri. Kiranya keadaan ini dapat dibandingkan dengan puisi Melayu sendiri, yang oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dianggap sebagai pancaran masyarakat Melayu lama. Misalnya melalui syair-syair Jahiliah dapat kita ketahui yang mereka (Badawi), tidak mempunyai kepercayaan tertentu, sebaliknya menganut faham animisme. Sebagai contoh, mereka menganggap padang pasir didiami oleh syaitan yang suka mengacau mereka.

Melalui isi kandungannya juga, tema-tema yang ditekankan di dalam syair-syair Arab kebanyakannya stereotaip, yakni tidak banyak aspek-aspek baru yang diceritakannya. Yang jelas, kebanyakannya hanya terbatas tentang kisah-kisah kaumnya atau keadaan sekitarnya sahaja. Ertinya sedikit sekali hal-hal baru yang cuba disentuhnya. Khayal mereka banyak diisi oleh ternakan kesayangan mereka seperti unta dan pansifatan tentang tanah-tanah mereka yang datar atau tinggi, juga penuh dengan pujian-pujian terhadap seseorang tertentu, baik hidup atau mati, yang ada memiliki sifat-sifat unggul, seperti ‘Diyafah’ atau ‘Muruah’.

Dengan keadaan seperti ini, tidak hairanlah jikalau dalam menggambarkan sesuatu suasana yang sama, terdapat berbagai corak yang beraneka ragam. Suatu hal yang sama telah mendapat sorotan dari berbagai segi. Jadi dari segi ini, memangnya terdapat kemajuan. Sebab itu, kata Dr. Ahmad Amin, tidaklah jauh dari kebenaran jika dikatakan bahawa kata-kata Arab yang berhubungan dengan unta adalah sebanyak satu pertujuh belas dari seluruh kata dalam Bahasa Arab!

Suatu hakikat yang mungkin tidak dapat ditolak ialah bahawa para penyair adalah kepunyaan kaumnya. Ini sebenarnya adalah cirri-ciri ‘Asabiyyah’ di mana seseorang itu hanya mentaati kaumnya saja. Dengan membaca syair-syair Jahili, akan terasa oleh kita bahawa peribadi penyair tenggelam dalam kaumnya, seolah-olah dia tidak merasakan wujud dirinya. Jarang sekali terdapat syair yang menggambarkan perasaan si penyair serta menampakkan dirinya terlepas dari kongkongan kaumnya. Hal ini jelas dalam ‘muallaqah’ Amar ibn Kulsum.

Selain dari itu, syair adalah hasil karya suatu golongan masyarakat yang tinggi. Dari hiasan bahasa dan lafaz-lafaz indah yang dipergunakan itu, ternyata sekali bahawa ianya bukan bahasa rakyat umum. Sebaliknya pula pada peribahasa yang lebih menampakkan ‘suara rakyat’ di dalamnya, dan dengan itu lebih mewakili rakyat umum daripada syair.

Tentang bahasa sastera yang dipakai, patut diketahui bahawa dalam bahasa Arab terdapat beberapa telor; seperti telor Ananah untuk suku Tamim, Kaskasyah untuk suku Asad, Jajaah untuk suku Khuzaah, Shansyanah untuk suku Arab Yaman. Bagaimanapun kerana sebab-sebab tertentu, telor Quraisylah yang menguasai bahasa sastera sejak zaman Jahiliah. Ertinya karya-karya sastera yang dihasilkan oleh penyair-penyair Jahiliah adalah menggunakan bahasa atau telor Quraisy.

Sebab utama penguasaan dialek Quraisy ialah faktor agama, di mana dalam kegiatan-kegiatan agama, qabilah Quraisylah yang memainkan peranan terpenting. Demikian juga dari segi ekonomi, merekalah juga yang memegang terajunya. Dari segi politik pula, terdapat suku-suku Arab yang takut diancam oleh kerajaan Rom dan Habshah, lalu mereka beralih meminta sokongan Makkah sendiri. Dengan itu seperti kata Dr. Shauqi Dhaif, ini memberi kesempatan baik kepada suku Quraisy untuk mempengaruhi mereka, termasuk dalam soal bahasa. Dan akhirnya dari segi sosial pula, apabila Makkah menjadi tempat tumpuan berbagai-bagai qabilah, khasnya di Pasar Ukkaz itu, ini menyebabkan orang Quraisy tidak melepaskan peluang untuk memetik kata-kata yang indah atau bahasa yang bermutu, dan dengan ini dapat menguat dan memperindahkan lagi dialek Quraisy sendiri. Inilah di antara sebab-sebab dialek Quraisy dapat menguasai bahasa sastera dan syair pada zaman Jahiliah.

Akhirnya dalam mengkaji sastera Arab Jahiliah ini, kita tidak dapat melupakan peranan Pasar Ukkaz dalam hal ini. Memang selain dari Suq Ukkaz, terdapat pekan-pekan lain di Al-Majjanah, Dumatal-Jandal dan Zulmajaz. Tetapi dalam kegiatan sastera, Pasar Ukkazlah yang lebih menarik perhatian. Sebagai pasar tahunan, ia menjadi tempat tumpuan utama kafilah-kafilah Arab dari segenap pelusuk dan penjuru. Di sinilah diadakan pertandingan menggubah syair, di samping mendengar cerita-cerita sementara menanti waktu mengerjakan Haji.

Begitu pentingnya Pasar Ukkaz ini, sehingga oleh Prof. Hifti ia dianggap sebagai ‘Academie Francaise’ di Tanah Arab ketika itu. Hasil dari kongres kesusasteraan tahunan ini, lahirlah syair-syair bermutu yang memenangi pertandingannya. Di antara yang termasyhur ialah antologi syair ‘AI-Muallaqat Al-Sab’a (Seven Odes) karya Umrul-Qais yang telah mendapat penghormatan untuk digantung di Kaabah.

BAB 3: KERAJAAN-KERAJAAN BANDAR

Pengkajian tentang penduduk-penduduk bandar (Hadari) meliputi kerajaan-kerajaan Selatan, Tengah dan Utara. Di kawasan selatan terdapat kerajaan Yaman, di kawasan tengah ialah kerajaan Hejaz atau Makkah sedangkan di utara terdapat kerajaan-kerajaan Anbat (Nabataen) dan Tadmor (Palmyra) serta Hirah dan Ghassan.

1. KERAJAAN SELATAN

Berbeza dari negeri-negeri bahagian Utara dan Tengah, Yaman menyaksikan suatu tingkat kemajuan yang terawal sekali dalam sejarah tamadun Arab purba. Hal ini berkait rapat dengan kedudukan alamnya yang sesuai sebagai tempat pertemuan bagi para pedagang. Malah pada namanya ‘Yaman’ yang bermakna ‘berkat’ itu pun sudah cukup buat menjelaskan punca kemakmurannya di mana air hujan sentiasa turun di samping kesuburan tanahnya sendiri.

Dengan kedudukan tersebut, sukarlah bagi Yaman untuk menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh luar. Keistimewaan yang ada pada masyarakat Badawi dari segi kemurnian bahasa, keturunan dan kebudayaan sudah tidak ada lagi pada Yaman. Dan puncak dari pengaruh asing tersebut ialah apabila Yaman dijajah oleh kerajaan Rom (Habshah) dan Parsi. Ini kerana, seperti kata Dr. Hussain Haikal, Rom dan Parsi hanya berminat pada Yaman sahaja, berbanding dengan negeri-negeri Arab yang lain.

Di antara kerajaan-kerajaan yang pernah memerintah Yaman ialah:

1. Main (1200 S.M. – 955 S.M.)

2. Qatban (1000 S.M. – 955 S.M.)

3. Saba’ (955 S.M. – 115 S.M.)

4. Himyar (115 S.M. – 525 S.M.)

Mengenai Main dan Qatban, data-data sejarah tidak banyak memberi keterangan tentangnya. Yang jelas ialah bahawa kedua-dua kerajaan tersebut tegak hampir sezaman, dan keruntuhannya pada tahun 955 S.M., telah digantikan oleh kerajaan Saba’ yang oleh Prof. Hitti disifatkannya sebagai golongan Arab yang terawal sekali mempunyai tamadun.

Dalam perkembangannya, terdapat dua peringkat yang bukan sahaja mempunyai gelaran raja yang berbeza, bahkan juga sistem pentadbirannya serta perubahan ibu kotanya. Peringkat awalnya yang mempunyai ibu kota di Sarwah menekankan segi senibina khasnya kuil-kuil agama untuk Dewi Bulan dan juga benteng pertahanan. Dan ketika ibu kotanya berpindah ke Maarib, raja-raja Saba’ dikenali sebagai Malik Saba’, dan usaha-usaha penaklukan pun mulai menjadi rancak. Bagaimanapun kerajaan Saba’ tidaklah terkenal sebagai kuasa penakluk.

Seperti ditegaskan tadi punca asas kemajuan Yaman terletak pada faktor geografi dan iklimnya di mana air hujan sentiasa saja turun dari gunung-gunung Yaman menyusuri tanah hingga ke laut atau lembah-lembah di timur kota Maarib. Mulanya air turun melalui celah-celah dua buah gunung yang terletak di kanan-kiri lembah ini, lalu hilang terserap. Tetapi berkat pengetahuan dan kecerdasan yang ada pada penduduk Yaman itu, dibangunlah sebuah bendungan, iaitu Empangan Maarib. la dibuat daripada batu di hujung lembah yang sempit, lalu dibuatnya celah-celah untuk memungkinkan adanya pengaliran air ke tempat-tempat yang dikehendaki. Dengan adanya empangan ini, bukan sahaja mereka dapat menggunakan air pada masa-masa yang diperlukan, malah dapat mengawal banjir yang sering merosakkan kampung dan usaha-usaha pertanian. Jadi dalam soal Empangan Maarib ini, terdapat dua aspek yang seyogia diperhatikan. Pertama, ia sangat penting bagi kegiatan pertanian. Dan kedua, adanya ahli-ahli binaan atau arkitek yang merancang pembinaannya.

Jika kemajuan Saba’ banyak disebabkan oleh faktor geografi dan iklimnya, maka kemasyhurannya pula adalah kerana Ratu Balqis seperti yang tersebut dalam Al-Quran, atau Puteri Sheba seperti tercatat dalam Injil. Tentang kisab Ratu Balqis ini, terdapat dua hal yang penting. Pertamanya, sistem pemerintahannya bercorak demokrasi. Ini ketara sekali ketika dia menerima surat daripada Nabi Sulaiman yang memintanya menganut agama Allah, lalu dimintanya pertimbangan dari menteri-menterinya (An-NamI: 32). Kedua, sungguhpun kerajaannya terdiri daripada rakyat yang kuat dan berani (An-Naml: 33), namun dia lebih mementingkan perdamaian dari peperangan. Sebagai seorang yang berpandangan jauh, dijelaskannya bahaya yang akan timbul akibat penjajahan terhadap sesebuah negeri (An-Naml: 34).

Bagaimanapun kerajaan Saba’ runtuh juga akibat kecuaian rakyatnya sendiri, terutama para pemimpinnya, sehingga akhirnya berlakulah banjir besar yang menghancurkan Empangan Maarib (Saba: 16). Maka berbondong-bondonglah rakyat Yaman membawa dirinya ke utara dan tengah Tanah Arab. Misalnya qabilah Jafnah bin Amr telah berpindah ke Sham dan tinggal di suatu tempat yang banyak air bernama Ghassan. Sedang qabilah Thalabah bin Amr berpindah ke Hejaz dan tinggal di Madinah hingga dapat mengatasi orang-orang Yahudi di sana.

Kejatuhan Saba’ digantikan oleh kerajaan Himyar yang dapat mengembalikan kegemilangannya. Berbeza dengan kerajaan Saba’ yang mementingkan perdamaian, yang dengan itu dapat mengelakkannya daripada dijajah, kerajaan Himyar pula lebih menekankan perluasan jajahan takluk. Dikatakan bahawa ia bukan sahaja banyak menjajah kawasan-kawasan sekitar, bahkan menguasai jajahan-jajahan Parsi seperti Iraq dan Khurasan serta kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Sungai Jihun dan membina bandar Samarqand.

Seperti kerajaan Saba’, kerajaan Himyar jatuh juga akhirnya. Kita telah pun mengetahui bahawa kemakmuran Yaman menimbulkan keinginan kuasa-kuasa asing seperti Rom dan Parsi untuk menguasainya.

Namun faktor ekonomi bukanlah dorongan asasi kedatangan penjajah, sebab di samping itu terdapat faktor persaingan kuasa di antara kedua-dua kuasa besar itu. Sebenarnya masing-masing pihak adalah mewakili dua kekuatan: kekuatan Kristian dan kekuatan Majusi. Seperti kata Dr. Hussain Haikal, kedua-dua kekuatan ini mempunyai hasrat ekspansi dan kolonialisasi, dan berusaha sekuat tenaga menyebarkan agamanya. Jadi faktor ekonomi dan politik, masing-masingnya telah mendorong kedatangan penjajah. Apa lagi kerajaan Himyar sendiri gemar menjajah kawasan-kawasan sekitar, yang tentunya menimbulkan kemarahan kuasa-kuasa besar tersebut.

Sepatutnya kerajaan Himyar dapat mengatasi sebab-sebab yang membawa keruntuhan Saba’ dulu, iaitu dengan memelihara dengan baik Empangan Maarib itu. Tetapi disebabkan adanya pertelingkahan terus-menerus dengan kuasa-kuasa asing tersebut, lalailah mereka untuk mengawasi dan memeliharanya. Begitupun suatu faktor yang mempercepatkan kejatuhannya ialah kekejaman rajanya yang terakhir, iaitu Yusuf Zun-Nuwas yang telah mengorbankan sampai 20,000 orang pemeluk Kristian.

Kisahnya begini: Khabarnya seorang Nasrani yang salih bernama Phemion yang berpindah ke Najran dari Rom, telah berjaya mempengaruhi sebilangan besar penduduk Najran. Apabila diketahui oleh Zu-Nuwas, lalu dipaksanya mereka menganut agama Yahudi, jika tidak akan dibunuh. Kerana mereka bertegas, maka digalilah sebuah parit yang dipasang api di dalamnya. Lalu mereka pun dihumbankan ke dalam parit yang berapi itu, sedang setengahnya dibunuh dengan pedang. Kisah ‘Ashabul-ukhdud’ yang tragis ini diceritakan juga dalam Al-Quran surah Al-Buruj: 4-8.

Bagaimanapun salah seorang mangsanya dapat lulus dari maut itu, lantas menemui Maharaja Rom meminta pertolongan. Dengan Habshah sebagai wakilnya untuk menakluki Yaman, maka tamatlah pemerintahan kerajaan Himyar. Gabenor pertamanya ialah Iryat, lalu digantikan oleh Abrahah Al-Ashram yang telah membunuh Iryat tersebut. Dan Abrahah inilah yang mengalami kegagalan ketika menyerang Makkah dengan tentera bergajahnya (Al-Fil: 1-5).

Selama 72 tahun penguasaan Habshah terhadap Yaman, akhimya seorang kerabat Himyar, Saif Zu-Yazin, lalu meminta bantuan Parsi melalui wakilnva Nukman ibnul-Munzir di Hirah untuk menghalau penjajah tersebut. Dengan bantuan Hirah Raja Saif Zu-Yazin dapat berkuasa semula, tetapi kemudiannya ia dibunuh serta digantikan oleh Wahriz, panglima Parsi. Dengan demikian bermulalah siri-siri penjajahan oleh Parsi pula, setelah mengambil-alih dari tangan Habshah.

2. KERAJAAN TENGAH

Keruntuhan kerajaan Yaman telah memunculkan sebuah kerajaan lain di Hejaz, iaitu kerajaan Makkah. Ada beberapa faktor yang telah meletakkan Makkah sebagai pengganti Yaman. Seperti yang disentuh tadi, faktor penjajahanlah yang meruntuhkan kerajaan Yaman, hingga akibatnya perdagangan di laut dikuasai obeh kuasa-kuasa asing tersebut. Kita juga telah menyebutkan betapa pentingnya Empangan Maarib sebagai nadi bagi pertanian mereka. Maka apabila ianya tidak dipelihara, dan memanglah ini yang terjadi, maka amat sukarlah bagi kerajaan Yaman untuk membangunkan ekonominya.

Nampaknya suatu faktor yang turut membantu kebangkitan kerajaan Yaman, khasnya dari segi perdagangan, juga terdapat pada kawasan Hejaz. Maksudnya kedudukan geografi kota Makkah di tengah-tengah Semenanjung Tanah Arab, antara Utara dengan Selatan itu telah menjadikannya sebagai pusat pertemuan di darat bagi para-para saudagar. Apa lagi setelah terdirinya Kaabah;dan ditambah pula oleh pengawasan yang baik oleh orang-orang Quraisy, telah menyebabkan Makkah menjadi tempat tumpuan jemaah-jemaah Haji.

Dengan demikian, kota Makkah menjadi semakin penting di zaman Jahiliah ini. Kepentingan ini dapat dilihat dari beberapa segi. Dari segi geografi, telah pun ditegaskan bahawa kedudukannya yang strategis di antara Utara dengan Selatan itu memudahkan perkembangannya sendiri sebagai pusat pertemuan bagi pedagang-pedagang. Biasanya dalam perjalanan mereka di antara Utara dengan Selatan itu, mereka akan berehat sekurang-kurangnya dua-tiga hari di Makkah serta mengambil air Zam-zam di sana. Lagi pun, ketika mereka mengunjungi Makkah untuk menunaikan Haji, adalah menjadi kebiasaan mereka untuk membawa bersama-sama mereka barang dagangan untuk diperniagakan di pasar-pasar yang masyhur di sana.

Sebenarnya kegiatan ekonomi tidaklah selamanya dijalankan oleh pedagang-pedagang luar, bahkan juga oleh orang-orang Makkah sendiri. Atau oleh orang-orang Yaman yang telah berpindah ke Makkah, yang mana mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perdagangan, yang mana kemudiannya pula menjadi ikutan orang-orang Makkah. Secara teraturnya perdagangan mereka dijalankan pada dua musim: Di musim panas mereka menuju utara seperti di Sham, sedang di musim dingin mereka ke selatan iaitu di Yaman (Quraisy: 1-4). Antara tokoh-tokoh Quraisy yang terlibat ialah seperti Abu Sufyan bin Harb, Walid Al-Mughirah, Abu Jahal (Abul Hakam) dan sebagainya.

Bari segi kepentingan politiknya, telah masyhur di mana-mana bahawa Makkah tidak pernah diceroboh oleh sebarang penjajah pun. Memang ada yang cuba, seperti Abrahah misalnya, tetapi kecundang belaka. Ini semakin mengharumkan namanya sendiri sebagai suatu kawasan aman untuk usaha-usaha pelaburan. Apa lagi sejak Qusai bin Kilab mengasaskan suatu sistem pentadbiran yang sistematis, dengan menjadikan Barun-Nadwah sebagai pusatnya, dan berjaya pula menyatu-padukan qabilah-qabilah Arab itu, semuanya ini menimbulkan semacam keyakinan bagi para pedagang bahawa Makkah adalah merupakan pusat keamanan.

Dan teratas dari semuanya itu, ialah kedudukan Makkah sebagai pusat agama. Sejak Kaabah didirikan, maka berdatanganlah jemaah-jemaah Haji dari segenap penjuru Semenanjung Tanah Arab saban tahun. Apa lagi sejak urusan pentadbiran dipegang oleh Qusai dan keturunannya, maka semakin teraturlah kegiatan keagamaan ini. Khusus untuk urusan Haji ini, dibentuknya bahagian-bahagian yang menjaga tentang air (Siqayah), makanan (Rifadah), mengawal Kaabah (Hijabah, Sadanah dan Imaratul-bait) dan sebagainya. Dan agar urusan Haji ini berjalan lancar, qabilah Quraisy berjaya mendapat penghormatan masyarakat berkat kejayaannya menentukan tiga bulan ‘Asyhurul-hurum’ dihormati.

Akhirnya suatu aspek yang tidak kurang pentingnya ialah kedudukan Makkah sebagai pusat kebudayaan. Dengan terkumpulnya orang-orang Arab dari segenap penjuru di musim Haji, maka lahirlah semacam pergaulan dan pertukaran kebudayaan. Apa lagi dengan adanya pusat-pusat pertemuan seperti di Baumatul-Jandal, al-Majinnah, Zulmajaz dan lebih-lebih lagi di Suq Ukkaz, kegiatan kesenian semakin bertambah rancak. Di sinilah diadakan pertandingan menggubah syair, mendengar kisah-kisah tertentu sementara menanti waktu untuk mengerjakan Haji. Di Suq Ukkaz sendiri, kehadiran jaguh-jaguh penyair, ahli-ahli pidato, ahli-ahli qasidah, penyanyi dan ahli-ahli muzik, tukang-tukang cerita dan ahli-ahli dari pelbagai bidang itu dapat disifatkan sebagai kongres kesusasteraan tahunan.

3. KERAJAAN UTARA

Di antara kerajaan-kerajaan di Utara ialah Anbat (Nabataen) dan Tadmor (Palmyra). Tetapi yang lebih penting ialah kerajaan Hirah dan Ghassan. Di sini kita tidak akan memperkatakan hal ehwal kedua-dua kerajaan Hirah dan Ghassan ini, malah yang akan ditekankan hanyalah kepentingannya kerajaan ini di Semenanjung Tanah Arab.

Ada dua aspek penting tentang kedua-dua kerajaan ini yang harus diperhatikan. Pertama ialah dari segi tujuan penubuhannya sendiri. Di Utara Semenanjung Arab ini, terdapat suku-suku bangsa Arab yang kerapkali melakukan serangan-serangan liar serta merampas, lalu melarikan diri ke pedalaman. Oleh kerana jalan ke pedalaman amat sukar, ditambah pula susah dijumpai air, menyebabkan tentera Parsi dan Rom tidak sanggup mengejar mereka. Maka untuk mengatasinya, kerajaan-kerajaan ini lalu mengumpulkan beberapa suku bangsa Arab yang mereka kenal, yang berasal dari Yaman, lalu dibentuklah kerajaan Hirah dan Ghassan sebagai dinding (hajiz) untuk melindungi dari serangan-serangan liar tersebut.

Dari segi lain pula, tujuan penubuhannya lebih berbentuk politik. Sebenarnya baik pihak Parsi mahupun Rom, masing-masingnya berhajatkan pertolongan orang Arab dalam pertikaian mereka. Sebab itu mereka memujuk suku-suku Arab agar menyebelahi mereka, dan kemudiannya lalu diletakkan di sempadan negeri-negeri mereka.

Aspek yang kedua ialah tentang peranan kerajaan Hirah atau Ghassan itu sendiri dalam menyiarkan kebudayaan Parsi dan Rom ke Semenanjung Tanah Arab. Mereka laksana jambatan yang menghubungi kawasan yang mempunyai peradaban tinggi dengan kawasan yang kurang tinggi peradabannya. Antara bidang-bidang kebudayaan tersebut ialah agama, sastera serta ilmu pengetahuan lainnya. Dari segi agama, mengalirlah agama Kristian dari Rom dan Majusi dari Parsi. Bagaimanapun, seperti yang didedahkan oleh Dr. Haikal, misi Kristian gagal mengubah keadaan paganisme di Tanah Arab, meskipun tidak dinafikan adanya pengaruh Kristian pada beberapa tempat.

Tentang aspek pemikiran dan kesusasteraan pula, sesungguhnya kemajuan yang telah dicapai di Hirah sangat mempengaruhi suku-suku Arab pada umumnya. Cerita-cerita seperti `Jazimatul-Abrasy’ dan dongeng-dongeng Zuba’, Khawarnaq, Al-Sadir menjadi bahan utama yang sangat diagungkan oleh penyair. Dan oleh kerana kemakmurannya Hirah menjadi tumpuan penyair-penyair Semenanjung Arab untuk mendapatkan hadiah sebagai imbangan daripada syair ciptaan mereka, yang kemudiannya disebarkan di daerah Badawi dan seluruh Semenanjung. Misalnya kumpulan (diwan) syair gubahan Nabighah Al-Zubyani adalah merupakan pujian-pujian kepada Nukman ibnul-Munzir, Amir Hirah.

Demikian juga di Ghassan, turut menjadi tumpuan para penyair seperti Nabighah sendiri, Al-A’sya, Al-Maraqqisy, Alqamah Al-Fahl. Malah dikatakan penyair Hassan bin Thabit sendiri pernah bertemu dengan Jabalah ibnul-Aiham, Amir Ghassan yang telah melayannya dengan begitu baik. Tidak hairanlah jika dalam syairnya, disebutkan: “Banyaklah sudah jasa-jasa mereka yang dahulu pernah saya sanjung di Bamshik”.

Demikianlah antara lain kepentingan kerajaan Hirah dan Ghassan ini. la bukan saja penting dari segi politik kepada kerajaan-kerajaan Parsi dan Rom, bahkan penting dari segi peranannya menyalurkan kebudayaan kerajaan-kerajaan tersebut di Tanah Arab.
read more...