WWW.HAZMIISLAMIC.BLOGSPOT.COM SELANGKAH DEMI SELANGKAH MENCARI RAHMATMU

Ajaklah manusia ke jalan Tuhan dengan hikmah bijaksana dan nasihat yang baik
KEJATUHAN ISLAM ATAS TANGAN ISLAM

Monday, February 1, 2010

Prinsip-Prinsip Pegangan Hidup

Sebelum masuk tajuk utama..hukhuk...nak cerita alkisah ari kemarin...dugaan demi dugaan.....
Rasanya dah agak lama aku tak demam, selepas balik dari jemputan makan mlm umah abe hussin (nasi sup kaki kambing hukhuk) tiba2 badan rasa tak sedap, pening, selsema, muka jadi panas mungkin kene hujan kot..bab kata ydp kmkj lah...(demo kure tido ni) hukhuk
Sebenrnya perancangan aku ari ini adalah untuk bawa sahabt2 ntuk ziarah kawasan sejarah sekitar amman n ashabul kahfi, tp disbbkan masalah badan, terpakselah perancangan ini dibatalkan last2 minit..aduhai (mitak maaf sngt2, apakah daya kita hanya mampu merancang, tp tuhan yg menentukan segalanya) kpd pemandu ven asif jiddan ari ni rezeki han xder...hukhuk..kalau tak jd70 dah masuk poket han..huhu
Cerita demam pula, alahai ramai pula yg call, msj aku ari ni (tapi maaflah sbb tel aku of kan, xnak digangu, hukhuk..mesti korang panas dgn aku ari ni kan...hukhuk) emm hampir seharian aku tido ari ni (hukhuk tido bersebab lah) tidak dapat tidak cmner kene tido juga ntuk mnhilangkn kpale aku yg btl2 agak pening, (rasa nak tumbuk dgn hulu lesun jer kple ni) hukhuk...yg penting tima kasihlah kpd yg mngirimkan buah limau n epal tu...terharu sngt2...mcm nak demam setiap ari la plak...hukhuk...n tidak lupa juga abe pd arif yg sudi belikan aku laban..hukhuk

Hukhuk......kembali pada tajuk asal Prinsip-Prinsip Pegangan Hidup (tima kasih ahli usrah, walaupun kita saling berjauhan, tp matlamat dan tujuan kita masih 1) semoga bertemu lagi usrah conference bulan depan....’’sori fizi, tajuk ni abang ambil dari pembetangan fizi, bukan copy, tapi nak sebar fikrah fizi kepada umum, hukhuk’’

Satu persoalan. Mana yang lebih memudahkan antara hidup berprinsip atau hidup tanpa berpegang kepada apa-apa Prinsip Hidup?
Prinsip Hidup di sini bukanlah ingin disamakan dengan matlamat hidup yang sudah semestinya berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasullah S.A.W. Tetapi nilai tambah yang kita ingin gaulkan supaya lebih jelas dalam menentukan titian perjalanan hidup kita.
Pasti kalian juga secara sedar atau tidak mempunyai prinsip hidup.
Sebagai contoh :

1.Tidak mahu mensia-siakan masa muda dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
2.Mahu mendapatkan pasangan hidup dari keluarga sederhana, tidak materialistik, mempunyai pegangan agama yang kukuh dan comel.
3.Tidak akan sesekali menerima rasuah atau menyeleweng kuasa kerana percaya bahawa sumber rezeki yang halal itu menyumbang kepada kesejahteraan hidup.

Prinsip hidup boleh bermula kerana kepercayaan seseorang itu, cita-citanya, matlamat yang cuba dicapainya dan persekitaran yang menyumbang untuk mewujudkan masa depannya yang lebih baik.

Tetapi kadang-kadang mereka yang terlalu merancang masa-depan, yang terlalu menentukan perjalanan hidup, yang terlalu berpegang pada prinsip hidup ciptaan sendiri biasanya menemui masalah ditengah-tengah penitian hidup mereka. Apatah lagi jika apa yang dirancang mereka tidak nampak hasilnya, sentiasa menemui kegagalan dan bermacam-macam faktor kecil mahupun besar yang memperlihatkan bahawa prinsip hidup mereka umpama seperti sampah…
Malah mereka ini akan merasakan bahawa lebih mudah hidup tiada perancangan besar. Cukup hanya merencanakan setakat mencari nafkah hidup, pulang ke rumah habis kerja dan berehat, hujung minggu pergi beriadah, jodoh sampai terus kahwin, dan pada saat kebertanggungjawaban seseorang itu bertambah setelah kahwin mungkin di situlah baru bermula segala perencanaan hidup.

Tetapi ada juga kelompok yang merasakan hidup seperti ini tiada cabaran atau ‘thrill’ . Hidup dirasakan seperti hanya menanti segala-galanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Tanpa perencanaan mutlak dari diri sendiri. Apalah hidup seperti ini. Bukankah akan terasa di mana-mana celah wujud kekosongan yang menanti untuk diisi?
Inilah roda hidup. Kita hanya mampu merancang Tuhan jugalah yang menentukan segalanya. Tetapi prinsip-prinsip hidup yang jelas itu perlu wujud pada setiap individu agar mereka boleh membawa sesuatu perjuangan yang besar pada Agama, Bangsa dan Tanah Air. Kerana kebiasaannya jika prinsip hidup seseorang itu ber’nada’ besar, maka kelak prinsip hidup itu akan bertukar kepada Perjuangan Hidup dia. Si dia akan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai apa yang diperjuangkan. Namun berhati-hatilah jika Prinsip Hidup kalian telah bertukar menjadi Perjuangan Hidup. Kerana jika tersalah jalan, menyesal sudah tiada gunanya.

Keluarga dimasyq dulu dan sekarang masih berpegang pada prinsip hidup yang satu


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Prinsip-Prinsip Pegangan Hidup"

Post a Comment